PENGAMBILAN & PENEMPATAN PELAJAR
S1. Bilakah rayuan saya akan dijawab dan bagaimanakah saya dapat tahu tentang keputusan rayuan saya?
J1. Oleh kerana MARA selalunya menerima ribuan surat rayuan,
ada kemungkinan rayuan pemohon tidak terjawab oleh MARA. Calon
diingatkan supaya merujuk kepada Kad jawapan yang jelas menerangkan
bahawa pemohon yang tidak menerima jawapan sehingga akhir April pada
tahun tersebut, adalah tidak berjaya. Pemohon juga boleh berhubung
dengan pihak kami melalui talian 03-26915111 sambungan 3331 / 3392 /
3394 / 3764 / 3765 / 3766.
S2. Bagaimanakah cara saya membuat surat rayuan yang
terbaik dan adakah perlu saya mendapatkan surat sokongan daripada pihak
tertentu?
J2. Surat surat rayuan yang terbaik adalah surat yang resmi.
Sokongan dari pihak tertentu adalah inisiatif masing masing.
Walaubagaimana pun, pertimbangan ke atas rayuan masih bergantung kepada
merit yang dicapai oleh pemohon. Ini akan dibawa kepada Mesyuarat
Jawatankuasa Pengambilan & Penempatan Pelajar peringkat Pengurusan
MARA. Sokongan rayuan adalah dialu-alukan dengan mengepilkan sijil sijil
yang telah disahkan sebagai bukti penglibatan dalam mana mana aktiviti.
S3. Jika saya tidak berjaya, bolehkah saya buat rayuan dan adakah rayuan anak saya akan mendapat pertimbangan?
J3. Ya, boleh. Setiap pemohon berhak membuat rayuan jika dia
tidak menerima tawaran pada kali pertama. Walau bagaimana pun pemilihan
pemohon rayuan masih berasaskan merit pemohon.
S4. Saya telah berhubung dengan MRSM…/En. … dan
dimaklumkan ada kekosongan di sana. Bolehkah saya daftarkan anak saya di
MRSM tersebut?
J4. Tidak boleh. MRSM yang ditawarkan oleh MARA adalah muktamad.
S5. Bolehkah saya daftar anak saya di kolej di mana
saya memohon seperti di dalam surat rayuan, bukan di kolej yang
ditentukan oleh MARA?
J5. Tidak boleh.
S6. Boleh kah saya memohon untuk memasuki MRSM yang terdekat rumah saya?
J6. Tidak boleh. Penempatan pelajar yang berjaya ke MRSM
dibuat oleh pihak MARA dan keputusan adalah muktamad. Penempatan
berasakan kedudukan kewangan pelajar (Social Economy Status - SES).
S7. Berapa kali kah pengambilan pelajar dibuat oleh MARA setiap tahun?
J7. Proses pengambilan pelajar dibuat 3 kali setahun. Proses
pengambilan ini dibuat berterusan daripada February hinggal 30 April
setiap tahun.
|