▴ Magical Life ▴

Little Thing

Hyee ! Thanks for visiting my blog , dude! I hope you're enjoying my blogs , dude :). Bye , i'm gotta go !



Trimas

Template by Lil' Syuu Ketot. Basecode by Aina Syaza . Full edit: LovelySyuu. Use some tutorial from her.
.
Syarat MRSM Dan Keputusan 2014

Permohonan di atas adalah terbuka kepada pelajar tahun 6 yang telah menduduki peperiksaan UPSR tahun 2013 dan memenuhi syarat kelayakan untuk pemohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 1 tahun 2014. Mulai tahun 2014, pelajar yang memohon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) tingkatan satu dan juga menghadiri temu duga.
Teras utama sistem pendidikan MRSM merangkumi pembangunan kurikulum, pembangunan kokurikulum, pembangunan pelajar dan perkhidmatan pendidikan. Sistem pendidikan ini menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan akademik, pembentukan sahsiah terpuji, cergas fizikal dan berbudaya usahawan.

Terdapat tiga program utama yang ditawarkan di MRSM.  Program-program tersebut adalah :

i. MRSM Program Biasa
Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM)

ii. MRSM Program Ulul Albab
Sebagai tambahan, sistem pendidikan MRSM Program Ulul Albab ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.

iii. MRSM Program Dwisijil SPM IGCSE
Program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) SPMRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


A    Syarat Kelayakan permohonan ke MRSM
  • Pemohon mesti Warganegara Malaysia.
  • Ibu atau bapa adalah Warganegara Malaysia.
  • Pelajar Bumiputera tahun 6 dan pelajar bukan Bumiputera di tahun 6 2013 yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.
  • Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan UPSR tahun 2013 dengan mendapat minimum 5A.
  • Pemohon akan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 pada tarikh antara 9 hingga 12 Disember 2013 yang akan diadakan di semua cawangan MRSM. Sila rujuk pengumuman terkini di bawah.
  • Selain syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon seperti yang berikut :
    i. Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan/permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
    ii. Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman dan luar bandar.

B    Permohonan secara Online
  • Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan kata laluan (nombor pin).
  • Kata Laluan boleh diperolehi dari semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Semua Maktab Rendah Sains MARA pada waktu pejabat mulai  14 November 2013. Yang berikut diperlukan semasa mendapatkan kata laluan  :      i)  salinan surat beranak pemohon     ii)  salinan keputusan Peperiksaan UPSR 2013 yang telah disahkan benar    Kata Laluan adalah percuma.
  • Kemudian layari laman ini :    Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 tahun 2014   untuk mengisi maklumat secara online..
  • Pemohon mestilah memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program (Jadual 1) sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang untuk menduduki ujian dan temu duga.
  • Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
  • Pemohon juga perlu mencetak borang permohonan online yang telah lengkap diisi dan menghantarnya bersama-sama dokumen-dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah selewat-lewatnya pada 4 Disember 2013.
    • (Permohonan Ke Tingkatan 1)
      Pengarah, 
      Bahagian Pendidikan Menengah,
      Tingkat 19,  Ibu Pejabat MARA,
      21, Jalan Raja Laut,
      50609 KUALA LUMPUR.

C    Tarikh Tutup

  • Tarikh akhir permohonan secara online adalah pada 27 Nov 2013.

D    Pertanyaan

  • Sebarang pertanyaan atau masalah yang dihadapi sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509 atau 03-2613 4513.

E    Maklumat Tambahan

  • Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
  • Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  • Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup tidak akan diproses.
  • Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.


.


Tarikh Semakan Keputusan MRSM 2014 Tingkatan 1
Tarikh rasmi: 15 Januari 2014
Pendaftaran: 3 Februari 2014
Semakan Keputusan MRSM 2014 Tingkatan 1
Semakan Keputusan MRSM 2014 Tingkatan 1 Guna SMS
Melalui perkhidmatan mySMS : mara <jarak> mrsm <jarak> angka giliran dan hantar ke 15888
Semakan Keputusan MRSM 2014 Tingkatan 4
Tarikh rasmi: Minggu pertama bulan Februari 2014
Pendaftaran: Minggu kedua bulan Februari 2014
Permohonan e-Rayuan MRSM 2014 Tingkatan 1 Dan 4
Pelajar yang tidak berjaya menerima tawaran ke MRSM 2014 boleh mengemukakan rayuan secara online. Keputusan rayuan adalah berdasarkan jumlah kekosongan setelah hari pendaftaran pelajar ke MRSM 2014.

Keputusan adalah seperti di photo diatas daripada 14 Jan kepada 15 Jan 2014

TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA



Older Post | Newer Post