Little Thing
Hyee ! Thanks for visiting my blog , dude! I hope you're enjoying my blogs , dude :). Bye , i'm gotta go !
Trimas
Template by Lil' Syuu Ketot.
Basecode by Aina Syaza .
Full edit: LovelySyuu.
Use some tutorial from her. ♥.
|
![](http://i596.photobucket.com/albums/tt44/ainurnajwastory/thgirl-1.gif)
Sekolah Berasrama Penuh
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDmhTwPbq3kefBr00Xo0d7Kr8httHs-s0TItNoO6LOpKPIhirhz2jRAGyjfqzao9N36B7_gj41EHYH9yDU459-SlxwvIuMzT5nkpqQ8JaA-2R0elASxCuk4QkmCa8fAlt3D-JO25UYVj6Z/s1600/sekolah+asrama.jpg)
Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah untuk menyediakan
suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan
sempurna bagi memupuk serta mengembangkan potensi murid yang cemerlang
sebagai warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap agama,
bangsa dan negara.
SBP juga ialah wadah terbaik dalam menjana insan yang
mempunyai kecemerlangan ilmu, kemapanan sahsiah, kesejagatan
kepemimpinan dan kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli sains,
teknokrat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi negara.
SEJARAH SBP
Sejarah penubuhan SBP bermula pada tahun 1890, ketika R.O.
Winsted menjadi Timbalan dan kemudiannya menjadi Pengarah Pelajaran
Tanah Melayu. Pada tahun tersebut “The Selangor Raja School” ditubuhkan
sebagai memulakan langkah melahirkan elit Melayu dari kalangan istana
dan anak-anak pembesar negeri, menerusi pendidikan aliran Inggeris. Pada
tahun 1894, sekolah ini telah ditutup untuk tujuan pengubahsuaian dan
dilahirkan semula dalam bentuknya yang baru pada tahun 1905 di Kuala
Kangsar, yang sehingga hari ini dikenali sebagai The Malay College Kuala
Kangsar (MCKK).
Sultan Perak (Sultan Idris) dalam Persidangan Raja-Raja
(DURBAR) pada tahun 1903 yang mengkritik dasar pentadbiran Inggeris,
khususnya dalam hal pendidikan orang Melayu dengan mengatakan ianya
sekadar “to producing better Malay farmers or fisherman only”. Sultan
Perak sendiri telah menawarkan lokasi penubuhan MCKK di tapak sekarang
ini, dengan maksud “for the education of the Malays of good family and
for the training of Malay boys for admission to certain branches of the
government service”. Pada tahun 1947, “Malay Girl College” ditubuhkan di
Kuala Lumpur, kemudiannya berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan dan
dikenali sebagai Kolej Tunku Kurshiah sehingga sekarang, mengambil
sempena nama DYMM Raja Permaisuri Agong yang pertama.
Pada bulan September 1955, sebuah Jawatankuasa Pelajaran
telah ditubuhkan yang akhirnya melahirkan Penyata Razak pada tahun
1956. Laporan Penyata Razak kemudiannya diluluskan dan menghasilkan
Ordinan Pelajaran 1957. Penyata Razak telah memperakukan penubuhan 6
buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), iaitu:
1. Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh (S.T.A.R. Ipoh) - 1956
2. Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) - 1956
3. Sekolah Tun Fatimah (STF) - 1956
4. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) - 1963
5. Sekolah Alam Shah (SAS) - 1963
6. Sekolah Seri Puteri (SSP) - 1968
Pada tahun 1955, Kolej Islam Malaya telah ditubuhkan di atas
tapak bekas istana, yang diwakafkan oleh Almarhum Sultan Hishamuddin
ibni Sultan Sulaiman di Klang, Selangor. Pada tahun 1966, kolej ini
berpindah ke Jalan Universiti di Petaling Jaya, Selangor. Pada tahun
1967, setelah kerja-kerja pengubahsuaian selesai, kolej ini berpindah
semula ke Klang dan diberi nama Kolej Islam Klang. Pada tahun 1972,
pentadbiran kolej ini diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dan dinamakan sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah
(KISAS).
Kemajuan pendidikan di kalangan murid-murid luar bandar,
khususnya dalam bidang sains mendapat perhatian daripada para pemimpin
negara. Kerana itu, antara projek penting yang perlu dilaksanakan dalam
Rancangan Malaysia Kedua dinyatakan sebagai: "an important project in
the plan is the establishment of ten pilot residential secondary
science schools to provide added educational opportunities for pupils
from rural areas to pursue their education in science subjects.”
Justeru 10 buah SBP berikut telah dibina di dalam Rancangan Malaysia Kedua iaitu:-
1. SMS Sultan Mohamad Jiwa (1973)
2. SMS Tun Syed Sheh Shahabudin (1973)
3. SMS Selangor (1973)
4. SMS Muzaffar Syah (1973)
5. SMS Sultan Haji Ahmad Shah (1973)
6. SMS Sultan Mahmud (1973)
7. SMS Tengku Muhammad Faris Petra (1973)
8. SMS Tuanku Syed Putra (1974)
9. SMS Tuanku Jaafar (1974)
10. SMS Johor (1975)
Sehingga akhir tahun 2000, jumlah SBP telah menjangkau ke
angka 39 buah dengan kapasiti murid seramai kira-kira 25,000 orang dan
jumlah guru seramai kira-kira 2,500 orang. Pada tahun 2002, SM Sains
Seremban mula beroperasi sebagai SBP ke 40 di premis lama Sekolah Dato’
Abdul Razak, Seremban yang berpindah ke bangunan barunya di Sungai
Gadut, Seremban. Manakala 4 buah SMKA yang dinaik taraf sebagai SBP mula
beroperasi. Sekolah-sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Berasrama
Penuh Integrasi (SBPI). Konsep integrasi menggabungkan 3 aliran iaitu
Aliran Sains Tulen, Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran SainsTeknikal.
Pada tahun 2003, SMS Seri Puteri dan SMS Alam Shah ditubuhkan mengambil
alih premis lama Sekolah Seri Puteri yang berpindah ke Cyberjaya dan
Sekolah Sultan Alam Shah ke Putrajaya. Sehingga April 2013 bilangan SBP
di seluruh negara adalah 68 buah.
MOTO SBP
“KECEMERLANGAN UNTUK SEMUA”
SENARAI SEKOLAH BERASRAMA PENUH
BIL
|
NEGERI
|
SEKOLAH
|
1
|
PERLIS (1)
|
Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis
|
2
|
KEDAH (5)
|
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah
|
3
|
Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah
|
4
|
Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Pokok Sena, Kedah
|
5
|
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Bukit Kayu Hitam,
Kedah
|
6
|
Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Jitra, Kedah
|
7
|
PULAU PINANG (2)
|
Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
|
8
|
Sekolah Menengah Sains Kepala Batas, Kepala Batas, Pulau Pinang
|
9
|
PERAK (7)
|
The Malay College Kuala Kangsar, Kuala Kangsar,
Perak
|
10
|
Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak
|
11
|
Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping,
Perak
|
12
|
Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Teluk Intan, Perak
|
13
|
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng, Gopeng, Perak
|
14
|
Sekolah Menengah Sains, Bagan Datoh, Bagan Datoh
Perak
|
15
|
Sekolah Menengah Sains Tapah,Tapah, Perak
|
16
|
W.P. K. LUMPUR (3)
|
Sekolah Menengah Sains Selangor, Jalan Yaacob Latif, Kuala Lumpur
|
17
|
Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Jalan Kolam Air, Kuala
Lumpur
|
18
|
Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Jalan Yaacob Latif, Kuala Lumpur
|
19
|
W.P. PUTRAJAYA (1)
|
Sekolah Sultan Alam Shah, Presint 1,
Putrajaya
|
20
|
SELANGOR (9)
|
Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor
|
21
|
Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor
|
22
|
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Kajang, Selangor
|
23
|
Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor, Kuala Selangor,
Selangor
|
24
|
Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Ulu Yam, Selangor
|
25
|
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang, Rawang Selangor
|
26
|
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam, Sabak Bernam Selangor
|
27
|
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Gombak Kuala Lumpur
|
28
|
Sekolah Menengah Sains Banting, Banting
Selangor
|
29
|
NEGERI SEMBILAN (8)
|
Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan
|
30
|
Kolej Tunku Kurshiah, Bandar Enstek, Negeri Sembilan
|
31
|
Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
|
32
|
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Labu, Negeri
Sembilan
|
33
|
Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban, Negeri Sembilan
|
34
|
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan
|
35
|
Sekolah Menengah Sains Rembau, Rembau, Negeri Sembilan
|
36
|
SMS Perempuan Seremban, Seremban,
Negeri Sembilan (Dijangka buka pada Januari 2014)
|
37
|
MELAKA (2)
|
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah, Air Keroh, Melaka
|
38
|
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Selandar, Melaka
|
39
|
JOHOR (7)
|
Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor
|
40
|
Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang Johor
|
41
|
Sekolah Menengah Sains Muar, Ledang, Johor
|
42
|
Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Kota Tinggi,
Johor
|
43
|
Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar, Mersing,
Johor
|
44
|
Sekolah Menengah Sains Sembrong, Kluang, Johor
|
45
|
Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, Batu Pahat,
Johor
|
46
|
PAHANG (7)
|
Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang
|
47
|
Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah,
Raub, Pahang
|
48
|
Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang
|
49
|
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Temerloh, Temerloh,
Pahang
|
50
|
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang
|
51
|
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan, Kuantan, Pahang
|
52
|
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong, Karak, Pahang
|
53
|
TERENGGANU (6)
|
Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu,
Terengganu
|
54
|
Sekolah Menengah Sains Dungun, Dungun, Terengganu
|
55
|
Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu, Kuala Terengganu,
Terengganu
|
56
|
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit, Kuala Terengganu,
Terengganu
|
57
|
Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu, Kuala Berang, Terengganu
|
58
|
Sekolah Menengah Sains Setiu, Setiu
Terengganu
|
59
|
KELANTAN (5)
|
Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan
|
60
|
Sekolah Menengah Sains Machang, Machang, Kelantan
|
61
|
Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Pasir Puteh, Kelantan
|
62
|
Sekolah Menengah Sains Jeli, Jeli, Kelantan
|
63
|
Sekolah Menengah Sains Gua Musang, Gua Musang, Kelantan (Sedang dalam pembinaan)
|
64
|
SABAH (2)
|
Sekolah Menengah Sains Sabah, Kota Kinabalu, Sabah
|
65
|
Sekolah Menengah Sains Lahad Datu, Lahad Datu, Sabah
|
66
|
W.P. LABUAN (1)
|
Sekolah Menengah Sains Labuan, W.P. Labuan
|
67
|
SARAWAK (3)
|
Sekolah Menengah Sains Miri, Miri, Sarawak
|
68
|
Sekolah Menengah Sains Kuching, Kuching, Sarawak
|
69
|
Sekolah Menengah Sains Kuching Utara,
Kuching, Sarawak
|
PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
-
Permohonan hanya secara online melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my
-
Satu (1) salinan permohonan lengkap perlu dicetak dan diserahkan kepada Guru Besar/Pengetua sekolah asal untuk pengesahan.
-
Permohonan hanya sah sekiranya Guru Besar/Pengetua telah mengesahkan
cetakan permohonan tersebut dan juga pengesahan permohonan secara online di dalam Applikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN SATU (1)
-
Murid mestilah warganegara Malaysia;
-
Murid Sekolah Kebangsaan;
-
Murid mencapai 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Kriteria berikut boleh dipertimbangkan ke SBP iaitu :
-
murid mencapai sekurang-kurangnya 4A 1B serta aktif sukan atau permainan sekurang-kurangnya mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
-
murid dari keluarga miskin berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (Kumpulan Miskin Tegar) mendapat sekurang-kurangnya 3A 2B dalam UPSR dan
-
Aktif dalam kokurikulum.
SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN EMPAT (4)
-
Murid mestilah warganegara Malaysia;
-
Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan ; dan
-
Kelayakan akademik keputusan PMR seperti berikut :-
-
Memperoleh Gred A bagi sekurang-kurangnya Enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Antarabangsa / Bahasa Ketiga
-
Memperoleh Gred A bagi mata pelajaran Sains dan Matematik
-
Memperoleh sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran lain
-
Permohonan ke Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran Agama Ikhtisas, calon perlu memperoleh Gred A bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran Bahasa Arab; dan
-
Aktif dalam kokurikulum
TAWARAN INI HANYA SAH SEKIRANYA MURID MEMENUHI
SYARAT-SYARAT SEPERTI BERIKUT:
-
Murid mestilah warganegara Malaysia.
-
Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh
badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, lelah (asthma) atau
penyakit berjangkit.
-
Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.
-
Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.
KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURID
Semakan keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 27 hari setelah keputusan UPSR diumumkan. Ianya boleh dibuat melalui ketetapan berikut :
|
|
|
|
-
Talian BPSBPSK : 03-83217400
|
|
-
Kaunter JPN / PPD yang berhampiran
|
|
|
|
|
PAKEJ ALIRAN DAN MATA PELAJARAN TINGKATAN SATU (1) YANG DITAWARKAN DI SBP
JENIS ALIRAN
|
SAINS
|
AGAMA
|
Pakej Mata Pelajaran
|
-
Bahasa Melayu
-
Bahasa Inggeris
-
Matematik
-
Sains
-
Sejarah
-
Geografi
-
Kemahiran Hidup
-
Pendidikan Islam / Moral
-
Bahasa Antarabangsa
(*Satu Bahasa Pilihan; Bahasa Arab / Bahasa Jepun / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Mandarin) |
-
Bahasa Melayu
-
Bahasa Inggeris
-
Bahasa Arab Komunikasi
-
Matematik
-
Sains
-
Sejarah
-
Geografi
-
Kemahiran Hidup
-
Pendidikan Islam / Moral
-
Bahasa Antarabangsa
(*Satu Bahasa Pilihan; Bahasa Arab / Bahasa Jepun / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Mandarin) |
Jenis SBP yang ditawarkan
|
-
SBP Terawal (Premier)
-
Sekolah Menengah Sains (SMS)
|
-
Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP)
-
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI)
|
# Sumber Kementerian Pendidikan #
Older Post | Newer Post
|